Makhluk Berekor (尾獣, bijū?) merupakan sembilan raksasa yang menjadi sebahagian daripada penggerak jalan cerita dalam siri Naruto. Ianya dibezakan dengan jumlah ekor yang ia miliki, yang mana jumlah ekornya dibezakan dengan jumlah satu hingga sembilan. Makhluk Berekor ini terbentuk daripada gumpalan chakura yang sangat besar dan kadangkala dirujuk sebagai "Raksasa Chakura" (チャクラのバケモノ, Chakura no Bakemono?),[1] yang memberikan makhluk berekor tersebut "kekuatan" yang melampaui mana-mana ninja.
Bagaimana pun, oleh kerana sifat kebuasan yang ia miliki, ini membuatkan makhluk berekor ini tidak mempunyai "kepintaran' yang diperlukan untuk mempergunakan tenaga tersebut secara berkesan. Apabila makhluk berekor ini dikurung bersama dengan hos manusia, ia akan memperolehi kebaikan daripada "perumahnya", bila mana keadaan ini membolehkan makhluk berekor tersebut mampu mengeluarkan tutur kata dan boleh menggunakan kekuatannya dengan lebih efektif. Akatsuki telah berjaya menangkap tujuh daripada sembilan makhluk berekor yang ada (bersama-sama perumahnya) menjelang Perang Dunia Ninja
0 Responses
Posting Komentar